Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Namibia

2024-02-07 21:48:45  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping merakamkan ucapan tahniah kepada Nangolo Mbumba yang menyandang jawatan Presiden Namibia pada Rabu.

Xi menekankan bahawa China dan Namibia mempunyai persahabatan tradisional yang kental, membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama pelbagai bidang, dan saling menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan masing-masing.

Xi menyatakan beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dua hala dengan Namibia, bersedia bersama-sama Presiden Nangolo Mbumba mendorong perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Namibia terus berkembang dan melindungi kesamarataan dan keadilan antarabangsa serta kepentingan bersama negara membangun.