China Bantah Pegawai AS Bersekongkol dengan Pembelot Hong Kong

2024-02-07 13:22:45  cri
Share with:

Menurut laporan berkenaan, Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Asia Timur, Daniel Kritenbrink telah bertemu dengan empat orang pembelot Hong Kong yang melarikan diri di luar, iaitu Anna Kwok, Elmer Yuen Gong-yi, Frances Hui Wing-ting dan Joey Siu di samping mengeluarkan hantaran yang tidak senonoh di akaun media sosial.

Perbuatan pegawai kanan AS itu telah menimbulkan ketidakpuashatian dan mengundang bantahan keras daripada China. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang akhbar dan selanjutnya menunjukkan bahawa kumpulan pembelot Hong Kong itu disyaki terlibat dalam kes mengancam keselamatan negara, dan diburu oleh pihak polis Hong Kong yang bertindak sebagai penguatkuasa. Tindakan itu selaras dengan undang-undang antarabangsa dan kelaziman antarabangsa. Undang-undang Keselamatan Negara AS berkuatkuasa bukan sahaja di dalam negerinya, tetapi juga di luar wilayahnya. Amalan dwistandard AS mengenai isu hak asasi manusia dan penguatkuasaan undang-undang terdedah dalam tindakannya yang menyokong pembelot Hong Kong yang juga dilihat mencabuli panduan yang holistik dalam penguatkuasaan undang-undang.

Wang menegaskan, hal ehwal Hong Kong semata-mata urusan dalaman China yang tidak boleh dicampur tangan oleh sebarang kuasa luar. China mendesak AS menghormati kedaulatan China dan penguatkuasaan undang-undang di Hong Kong serta tidak memberi naungan kepada penjenayah.

China beriltizam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, dan akan bertindak balas terhadap sebarang plot yang berniat mencampuri hal ehwal Hong Kong dan menjejaskan penguatkuasaan undang-undang Hong Kong.