Setiausaha Agung PBB Guterres Sampaikan Perutusan TBC 2024

2024-02-07 12:07:58  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyampaikan perutusan Tahun Baharu Cina (TBC) menerusi klip video pada Selasa.

"Saya gembira menyampaikan mogaan terbaik ketika kita menyambut Tahun Naga.

"Naga melambangkan tenaga, kebijaksanaan, perlindungan, dan nasib baik. Ini kita perlukan untuk menghadapi cabaran global ketika ini," kata Guterres .

Beliau berkata, sambutan TBC di PBB tahun ini adalah istimewa kerana ia dimasukkan dalam kalendar pelepasan PBB untuk julung-julung kalinya.

Guterres mengambil peluang menzahirkan penghargaan atas sokongan teguh China dan rakyat China kepada PBB, multilateralisme dan pembangunan global.

"Kita boleh bersama-sama merealisasikan masa depan yang mampan, adil dan damai," katanya.