Suasana Sambutan TBC Meriah di Xinjiang

2024-02-08 11:09:14  CRI
Share with:

Menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC), pelbagai aktiviti diadakan di seluruh Wilayah Automoni Uygur Xinjiang, China, menyerlahkan suasana meriah dan riang gembira orang pelbagai kaum menyambut perayaan tradisional itu. 

Festival Lampu Qinhuai dari bandar Nanjing, provinsi Jiangsu, timur China diadakan di kawasan Yining untuk julung kalinya. 

Sebanyak 31 unit lampu berhias dipasang di kawasan pelancongan Sungai Yili, tempat Festival Lampu Qinhuai. Perekaan lampu-lampu itu bukan hanya berunsur elemen budaya tradisional China, tetapi juga menggabungkan elemen budaya tempatan Nanjing dan Yili. Lampu berhias yang juga disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara itu menarik ramai penduduk tempatan Yili untuk menikmatinya. 

Selain itu, malam gembira diadakan di kampung di daerah Aksu. Penduduk tempatan mementaskan pertunjukan menarik untuk meraikan Tahun Baharu Cina.