Eksport Kenderaan Komersial Melalui Pintu Sempadan Xinjiang Meningkat 407.6%

2024-02-08 15:58:07  CRI
Share with:

Jumlah kenderaan komersial yang dieksport melalui pelbagai pintu sempadan Wilayah Autonomi Xinjiang China meningkat sebanyak 407.6% tahun ke tahun dengan mencatat 568,000 unit pada 2023.

Kebanyakan kenderaan komersial yang melibatkan 29 jenama domestik tersebut dieksport ke negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti Rusia, Uzbekistan dan Kazakhstan.

Khorgos, Alashankou dan Irkeshtam merupakan tiga pintu sempadan di Xinjiang yang melaporkan pengeksportan kenderaan komersial terbanyak pada 2023. Antaranya, pintu sempadan Horgos menyaksikan peningkatan eksport kenderaan komersial sebanyak 307.5% tahun ke tahun, dengan merekodkan 304,000 unit, iaitu menyumbang lebih separuh dalam landskap eksport kenderaan komersial melalui pintu sempadan Xinjiang. Pintu sempadan darat yang terbesar untuk eksport kenderaan China ini, pernah menyaksikan tercatatnya rekod tertinggi dalam pengeksportan kenderaan komersial, iaitu 1,394 unit dalam masa sehari.