China Sokong PBB dan Kerja yang Dibuat Setiausaha Agung

2024-02-08 15:15:33  CRI
Share with:

China konsisten menyokong dengan sepenuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kerja yang dibuat Antonio Guterres selaku Setiausaha Agung, manakala bersama-sama negara lain beriltizam menyumbang kepada usaha keadilan antarabangsa. 

Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata demikian dalam taklimat Setiausaha Agung PBB tentang kerja tahunan yang utama, pada Rabu waktu tempatan.

Zhang menyatakan bahawa dengan pimpinan Guterres, PBB bertindak pantas dalam menangani risiko dan cabaran serta isu yang tidak menentu, komited untuk memelihara kedamaian, dan mendorong pembangunan inklusif. China amat menghargai peranan besar yang dimainkan PBB.

Selepas memasuki tahun baharu yang tetap wujud pelbagai cabaran, dunia sekarang ini menanti-nantikan PBB memainkan peranan yang kuat. China menyeru pelbagai pihak bekerjasama untuk mengatasi kesukaran bersama-masa, dan menyokong dengan sepenuhnya PBB memainkan peranan sebagai pemimpin dan peneraju dalam menangani urusan antarabangsa.