Presiden China, Portugal Saling Ucap Tahniah Atas Ualng Tahun ke- 45 Hubungan Diplomatik

2024-02-08 17:54:09  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa saling mengirim perutusan tahniah bersempena sambutan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik kedua-dua negara, hari ini.

Xi menyatakan bahawa sejak ikatan diplomatik dijalin pada 45 tahun yang lalu, China dan Portugal konsisten mengamalkan konsep saling menghormati, terbuka dan inklusif, dan berjaya membentuk perkongsian kerjasama strategik komprehensif yang selaras dengan situasi semasa. 

Xi menyatakan beliau amat mementingkan hubungan dengan Portugal, dan bersedia bersama dengan Presiden Sousa menerajui perkembangan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat, di samping mendorong perkembangan hubungan China-Eropah dengan stabil dan baik untuk menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Dalam pada itu, Sousa menyatakan kesediaannya bersama dengan China untuk mewarisi persahabatan dan menggalakkan hubungan bilateral berkembang terus.