Netanyahu Tolak Balasan Hamas tentang Gencatan Senjata

2024-02-08 12:44:12  cri
Share with:

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menolak balasan Hamas tentang gencatan senjata di kawasan Gaza, di samping menyatakan tentera Israel akan menewaskan Hamas pada tempoh beberapa bulan akan datang.

Netanyahu dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa jika menerima cadangan gencatan senjata Hamas, pihaknya bukan sahaja tidak dapat menyaksikan tahanan dibebaskan Hamas, malahan juga akan menderita satu lagi malapetaka yang dibawa kepada negaranya. Beliau telah memberi arahan kepada tentera Israel untuk memulakan operasi di bandar Rafa yang terletak paling selatan di Genting Gaza.

Selasa lalu, Hamas mengeluarkan stau kenyataan tentang perjanjian pertukaran tahanan pusingan baharu. Balasan daripada Hamas itu telah dihantar kepada negara pengantara, iaitu Qatar dan Mesir. Qatar pula telah memberi balasan Hamas itu kepada Mossad Israel.