Penggunaan di China Lemah?
Costco membuka kedai baharu di Shenzhen pada 12 Januari. Ahli yang mendaftar pada hari pertama mencatat 140 ribu orang. Dengan yuran keahlian kira-kira RMB200, ini bermakna jualan kad ahli Costco sahaja telah mencatat RMB28 juta pada hari pertama. Jualan barangan pula mencipta rekod baharu di enam kedai Costco di Tanah Besar China pada hari pertama pembukaannya.
Pembukaan Costco di Shenzhen juga menarik ramai pengguna dari Hong Kong. Malah ada agensi pelancongan Hong Kong menyediakan pakej melancong sambil membeli-belah ke Costco. Pakej pelancongan pada bulan ini telah habis ditempah.
Hakikatnya, penggunaan di China tidak lemah, sebaliknya trend penggunaan di negara ini telah berubah.
Perubahan trend penggunaan di China telah membawa impak besar kepada banyak pasar raya. Bagaimanapun, beberapa jenama domestik dan antarabangsa, seperti Freshippo, Sam’s Club dan Costco jelas telah berjaya menyesuaikan diri dan mencari peluang baharu.
Begitu juga dalam sektor telefon pintar. Jualan iPhone di pasaran global naik 2% pada suku tahun keempat tahun 2023. Namun, jualannya di pasaran China menurun 13% tahun ke tahun. Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook berpendapat, ini mencerminkan isu ekonomi keseluruhan dan bukannya iPhone kehilangan populariti.
Tetapi pada masa yang sama, jualan telefon pintar Huawei meningkat 47% pada suku tahun keempat tahun 2023. Contohnya, siri Mate60 yang dipasarkan pada hujung bulan Ogos terus laris di pasaran domestik hingga hari ini.
Dalam majlis sambutan tahun baharu yang dianjurkan oleh pelbagai syarikat baru-baru ini, Mate60 menjadi hadiah yang paling menarik.
Bagi Satria yang pernah mengguna iPhone dan Huawei, dua kali sehari membuka laman web untuk cuba “merampas” telefon pintar ini, barulah berjaya membeli satu Mate60 Pro.
Hal ini disebabkan iPhone 15 kurang melakukan penaikan taraf yang besar, manakala satu aspek yang lebih penting adalah Huawei berjaya mengatasi sekatan mengeluarkan telefon pintar dengan menggunakan cip buatan sendiri. Ramai pengguna di China berpendirian yang sama dengan Satria, iaitu jika sekatan masih dikenakan kepada Huawei, mereka akan terus menyokong jenama ini.
Oleh sebab Apple tidak mengeluarkan Ipad pada tahun ini, jadi Satria juga memilih Matepad Pro untuk kegunaan harian keluarga.
Jelas bahawa bukan ekonomi mengalami kelembapan di China, tetapi pengguna China ada pendirian sendiri. Yang menjejaskan jualan iPhone di China adalah dasar perdagangan Amerika Syarikat yang tidak adil.
Dalam pasaran kenderaan pula, jualan Benz mencatat 765 ribu unit pada tahun 2023, hampir sama dengan tahun 2022. Jualan BMW mencatat 825 ribu unit, meningkat 4.2%, manakala jualan Audi mencatat 728 ribu, meningkat 13.5%. Ini merupakan pencapaian yang lumayan.
Tetapi pencapaian jenama domestik China terbukti memuaskan. Jualan kenderaan BYD telah melebihi tiga juta unit pada tahun 2023; termasuk kira-kira 240 ribu dieksport ke pasaran luar. Jenama yang menjadi bintang, seperti Tesla ini turut mengeluarkan beberapa EV mewah yang bakal menjadi pencabar Benz, BMW dan Audi pada tahun 2024.
Bagaimanapun, dalam senarai jualan kenderaan jenama domestik pada bulan Januari, satu jenama yang diketahui umum oleh pengguna Malaysia telah mengatasi BYD, menduduki tempat teratas, iaitu Geely.
Keadaan ini memperlihatkan pasaran dinamik dan prospek yang cemerlang berasaskan inovasi di China.