China, Honduras Tandatangani 'Program Tuaian Awal FTA'

2024-02-08 14:40:59  CRI
Share with:

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dan Menteri Pembangunan Ekonomi Honduras, Fredis Alonso Cerrato Valladares secara dalam talian menandatangani Program Tuaian Awal (EHP) Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kedua-dua negara semalam.

Sementara itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk membereskan prosedur domestik masing-masing demi menguatkuasakan EHP dengan secepat mungkin, di samping terus menggalakkan perundingan berhubung FTA.

Untuk rekod, sejak dimulakan pada Julai 2023, perundingan China-Honduras telah diadakan  sebanyak tiga pusingan sehingga tercapainya EHP pada Disember tahun lalu. Termeterainya EHP semalam kondusif bagi penduduk awam dan sektor korporat kedua-dua negara seawal mungkin menikmati hasil kerjasama dalam bidang perdagangan bebas, dan juga berfaedah bagi mempercepat proses perundingan FTA, sekaligus mendorong perkembangan hubungan bilateral dalam bidang ekonomi dan perdagangan.