Pendapat Umum CGTN: "AS Menentang AS" Kemungkinan Jadi Normal

2024-02-08 15:22:55  CRI
Share with:

Persengketaan antara kerajaan Texas dengan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu imigresen masih berlarutan malah menyimbulkan pandangan “perceraian kebangsaan”. 

Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) membabitkan netizen dari seluruh dunia, terdapat 86.5 peratus responden berpendapat bahawa persengketaan dalam isu imigresen tersebut sekali lagi mengetengahkan fakta yakni peningkatan konfrontasi antara kedua-dua parti serta fungsi politik yang semakin berkurang di negara itu.

Keputusan tinjauan pendapat itu mendapati 90.3 peratus responden berpendapat bahawa pelbagai unsur berstruktur seperti perlembagaan AS yang “membiarkan secara samar-samar” terhadap golongan pendatang tanpa izin (PATI) akan menjadikan perebutan kuasa yang semakin teruk antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.

Tinjauan pendapat tersebut dijalankan dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Lebih 11,000 netizen mengundi dan memberikan komen dalam masa 24 jam.