Gala TBC CMG Disiarkan di Lebih 200 Negara

2024-02-09 15:26:46  CRI
Share with:

Gala Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG), yang disifatkan sebagai pertunjukan televisyen yang paling mendapat perhatian di seluruh dunia akan bermula pada pukul 8.00 malam 9 Feb waktu Beijing.

Untuk rekod, Gala TBC disiarkan bertepatan pukul 8.00 malam TBC setiap tahun sejak 1983 dan telah berlangsung selama 41 sesi. Sebagai program televisyen yang diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai program televisyen dengan jumlah penonton terbanyak di dunia, Gala TBC menjadi temasya kebudayaan bagi orang Cina di seluruh dunia berkongsi kegembiraan dan merayakan Tahun Baharu Cina bersama-sama, serta menjadi jendela bagi dunia untuk mengetahui budaya China dan TBC. 

Baru-baru ini, aktiviti "Prelud Gala Tahun Baharu Cina" yang dianjurkan oleh CMG diadakan di hampir 40 tempat di pelbagai negara seperti Kenya, Switzerland, Laos, Brazil, Jordan, Indonesia, Thailand, Argentina, Afrika Selatan, Uruguay, dan Fiji. 

Selain itu, CGTN bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab, Rusia dan platform media baharumya dalam 68 bahasa lain, akan bekerjasama dengan lebih daripada 2,100 media di 200 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Rusia, Jepun, Brazil, Australia, India, Pakistan, UAE, Singapura, Indonesia, Laos, Kemboja, Afrika Selatan, dan Kenya untuk menyiarkan langsung atau melaporkan Gala TBC.