Menonton Siaran Langsung Gala TBC 2024 di Merata Dunia

2024-02-09 20:18:08  CRI
Share with:

Siaran langsung tentang persembahan malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 anjuran Kumpulan Media China (CMG) akan dimulakan seperti yang dijadualkan dalam senario global pada pukul 8 malam ini di ambang TBC.  

 Tersenarainya TBC sebagai cuti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa makna yang lebih besar kepada perayaannya di persada dunia. 

Stesen Televisyen Pusat China ( CCTV) mula bertugas menganjurkan persembahan kesenian dan kebudayaan yang komprehensif untuk malam gembira di ambang TBC yang dikenali sebagai "Chunwan" (Gala TBC) sejak tahun 1983.

Gala TBC 2024 yang disifatkan "mesra rakyat", menyediakan pentas kepada orang biasa dari pelbagai lapisan masyarakat di negara ini menjadi protagonis. Mereka termasuk tukang mi tarik, pakar teknikal yang bersara, anggota polis, atlet, pemenang Pingat Buruh "Hari 1 Mei" Kebangsaan, krew angkasawan Shenzhou 17, pekerja penyelidikan saintifik, dan pelindung peninggalan budaya. Seluruh program tersebut menafsirkan usaha konsisten rakyat China untuk mengejar kehidupan yang indah. 

Gala TBC tahun ini adalah malam gembira untuk rakyat seluruh negara. Selain  Beijing yang dijadikan lokasi utama, empat bandar lain iaitu Shenyang di provinsi Liaoning, Changsha di provinsi Hunan, Xi'an di provinsi Shaanxi dan Kashgar di wilayah Xinjiang  terpilih menjadi lokasi sampingan sepanjang penganjuran Gala TBC yang menfokuskan pertunjukan adat resam dan budaya yang beraneka ragam di pelbagai tempat negara ini. 

Pada masa yang sama, Gala TBC tahun ini juga merupakan malam gembira untuk rakyat di seluruh dunia. Seiring dengan berlangsungnya persembahan nyanyian lagu yang berjudul "晒share" oleh netizen multinasional, dan tarian bertemakan Tahun Naga yang disajikan netizen sejagat, suasana perayaan TBC yang meriah akan semakin menebal di seluruh dunia. Persembahan Gala TBC 2024 dan laporan CMG tentang temasya ini akan disiarkan secara langsung melalui lebih 3,000 skrin besar yang terpasang di 90 bandar di 49 negara, manakala beribu-ribu penonton di seluruh dunia akan berkongsi kegembiraan dan keharmonian dalam menyambut hari raya tradisional Cina ini, sekali gus menghayati kebudayaan Cina yang unik serta memukau dalam suasana meriah.