Seronoknya Cuba Aktiviti Ais dan Salji di Urumqi

2024-02-09 10:51:31  CRI
Share with:

Anak-anak murid teruja mencuba aktiviti ais dan salji seperti tiub ski, luncur ais, lumba go-kart dan motosikal atas salji yang ditawarkan Taman Rakyat di Urumqi, wilayah Xinjiang sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC). 

Sepanjang perayaan TBC, lima taman utama di Urumqi akan menyediakan pakej percutian menarik yang menyepadukan landskap ais dan salji dengan aktiviti sukan serta budaya berkenaan bagi membolehkan pengunjung menikmati keseronokan acara ais dan salji.