Sesi Jerayawara Gala TBC 2024 Bersempena Pertandingan Hoki Ais di AS

2024-02-09 16:38:36  CRI
Share with:

Sesi jerayawara Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 arahan Kumpulan Media China (CMG) diadakan bersempena pertandingan Liga Hoki Ais Nasional (NHL) yang diadakan di New York pada 8 Februari waktu tempatan.

Stadium hoki ais yang boleh menampung kira-kira 20,000 orang penuh dengan peminat yang fanatik, dan suasana meriah semakin menebal seiring dengan penayangan poster elektronik Gala TBC 2024 yang berlogo "Selamat Tahun Naga" pada skrin lingkar 360 darjah, dan penayangan video promosi Gala TBC 2024 anjuran CMG melalui skrin pusat dalam stadium itu.

Presiden CMG, Shen Haixiong menyampaikan ucapan melalui klip video kepada para penonton dan mewakili CMG memberi salam dan restu kepada mereka. 

Duta Besar China ke Amerika Syarikat, Xie Feng turut menzahirkan harapan semoga para penonton mendapat restu sempena TBC, serta hidup bahagia dan sihat pada tahun Naga.

Para penonton kelihatan teruja dapat menyertai aktiviti yang ditawarkan CMG di tapak stadium itu yang berunsurkan kebudayaan tradisional China.