Bunga Segar Laris Sempena TBC

2024-02-09 11:07:15  CRI
Share with:

Menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC), penduduk di pelbagai tempat di China sibuk membeli-belah sebagai persiapan menyambut perayaan yang dianggap paling penting buat orang China itu. Membeli bunga segar antara tradisi di negara ini. Kini, pasaran bunga di serata negara menyambut kemuncak penggunaan.

Menurut statistik, kira-kira lima juta bunga segar dijual di pasaran setiap minggu. 

Sementara itu, pasaran penggunaan bunga China turut menawarkan peluang perniagaan kepada pasaran asing. Lapangan Terbang Pudong Shanghai telah mengimport sejumlah 150 tan bunga potong segar sejak pertengahan Dis lalu, yang bernilai hampir RMB15 juta (RM9.9 juta).