Berlaku Lagi Insiden Terbocor Air Tercemar di Loji Fukushima

2024-02-09 15:41:40  CRI
Share with:

Insiden terbocor air tercemar melalui kemudahan pembersih di Loji Janakuasa Nuklear Fukushima yang berlaku kelmarin berkemungkinan berpunca daripada kesilapan dalam operasi kakitangan, ujar Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo (TEPCO) yang dikenali sebagai syarikat janakkuasa elektrik berdasarkan penggunaan tenaga nuklear yang terbesar di Jepun semalam.

Menurut media tempatan Fukushima, air tercemar nuklear seberat 5.5 tan dilaporkan terbocor dalam insiden terbabit. Kandungan radioaktif dalam air berkenaan mencapai 22 bilion becquerel, jauh melebihi piawaian yang wajib dilaporkan kepada kerajaan.

Loji Janakuasa Nuklear Fukushima tidak pernah berhenti dihantui insiden dan skandal yang bermacam-macam sejak berlakunya insiden pertama pada tahun 2011. Yang menjadi ironik, pihaknya tetap menguar-uarkan bahawa tindakannya melepaskan air tercemar nuklear ke dalam laut adalah "selamat" dan "mempunyai akauntabiliti". 

Maka, kita boleh menyakinkan tiga anggapan seperti berikut,

Pertama, TEPCO tidak mampu memastikan keselamatan sepanjang pelepasan air tercemar nuklear ke laut terjamin.

Kedua, kerajaan Jepun gagal memikul tanggungjawab dalam menjalankan pemantauan dan penyeliaan. Terdapat sarjana Jepun dalam bilangan tidak sedikit yang beranggapan bahawa kerajaan Jepun yang berhubungan nepotisme dengan TEPCO bertindak kurang pantas dalam memainkan peranannya sebagai pihak pemantau. 

Dan ketiga, pelepasan air tercemar nuklear ke dalam laut bukanlah urusan yang hanya berkaitan dengan Jepun, melainkan bersangkutan dengan kepentingan bersama umat manusia. Adalah sangat wajar bagi masyarakat antarabangsa melibatkan diri dalam semua proses penyeliaan, dan pihak Jepun patut melakukan kerjasama secara menyeluruh.