PLA akan Sertai Latihan Ketenteraan "Cobra Gold 2024"
Tentera darat Markas Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China akan menghantar pasukan ke Thailand untuk menyertai latihan ketenteraan multinasional yang berkod "Cobra Gold 2024" yang akan berlangsung dari 10 Februari hingga 7 Mac nanti.
Menurut maklumat Kementerian Pertahanan China, ini merupakan kali ke-11 bagi pasukan tentera China dijemput untuk mengambil bahagian dalam latihan berkenaan sejak tahun 2014.
Semasa latihan itu berlangsung, pegawai dan anggota tentera China akan mengambil bahagian dalam pembinaan projek, Disaster Relief Tabletop Exercise, forum peringkat tinggi, dan latihan ketenteraan berhubung operasi mencari dan menyelamat mangsa, penyelamatan dalam air dan bencana kebakaran, pelupusan tumpahan kimia, dan rawatan perubatan kecemasan.