Tokoh Asing Ucap Selamat TBC kepada Rakyat China

2024-02-10 12:38:52  CRI
Share with:


Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC), tokoh politik asing dan ketua pertubuhan antarabangsa menyampaikan ucapan selamat menyambut TBC kepada seluruh rakyat China.

Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone menzahirkan harapan agar rakyat China dilimpahi kesihatan, kebahagiaan dan keceriaan sepanjang Tahun Naga.

Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe menyatakan bahawa naga melambangkan cita-cita tinggi serta perpaduan dan kekuatan. 

Sri Lanka dan China merupakan dua entiti ekonomi membangun yang berpotensi besar. Kedua-dua negara mencintai keamanan dan komited terhadap kehidupan bahagia rakyat.

Diharap usaha bersama diteruskan ke arah merealisasikan matlamat tersebut, katanya.

Ketua Peluang Global bagi Matlamat Pembangunan Mampan (GO4SDGs) di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Adriana Zacarias Farah pula berkata beliau teruja dengan aktiviti sambutan perayaan TBC di China serta adat tradisi berkaitan naga. 

Beliau turut mengucapkan selamat meraikan TBC buat seluruh rakyat China.