Gala TBC 2024 Raih Tontonan Cemerlang

2024-02-10 12:28:23  CRI
Share with:

Jumlah pengguna yang mengikuti siaran langsung Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 menerusi platform media baharu domestik serta tontonan berkenaan masing-masing mencatat rekod baharu.

Setakat jam 12.00 malam 9 Februari, bilangan penonton direkod sebanyak 679 juta manakala tontonan siaran langsung melebihi 1.5 bilion, meningkat 12.69 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Gala anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu menjadi bualan ramai di media sosial sehingga perbincangan mengenainya melepasi 16 bilion kali dengan peningkatan sebanyak 59.48 peratus.

Program berkenaan turut meraih prestasi tontonan yang cemerlang di seberang laut, menyaksikan siaran langsung dan laporan pemberitaan dibuat sebanyak 2,100 media dari 200 negara dan wilayah, dengan lebih 649 juta bacaan dan 210 juta tontonan video di peringkat global.