Jumlah Pelancong Domestik China 2023 Catat 4.891 Bilion

2024-02-10 11:31:28  cri
Share with:

Jumlah pelancong domestik pada 2023 mencatat 4.891 bilion, meningkat 2.361 bilion atau 93.3 peratus berbanding 2022, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT) China.

Dalam pada itu, bilangan penduduk bandar yang melakukan perjalanan domestik mencapai 3.758 bilion, manakala penduduk luar bandar sebanyak 1.133 bilion.

Pada tahun sama, perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan 4.91 trilion yuan (RM3.25 trilion), bertambah 2.87 trilion yuan (RM1.9 trilion) atau 140.3 peratus berbanding 2022.