Perjanjian Bebas Visa China-Singapura Berkuatkuasa
2024-02-11 13:42:08 cri
Perjanjian pengecualian visa yang ditandatangani antara China dengan Singapura berkuat kuasa secara rasmi pada Jumaat.
Perjanjian berkenaan membolehkan rakyat China dan Singapura yang memegang pasport biasa memasuki negara masing-masing tanpa memerlukan visa selama 30 hari.
Selain mempermudah prosedur pelepasan kastam bagi pengembara, pelaksanaan dasar bebas visa itu turut menjana pertumbuhan aliran penumpang dalam sektor penerbangan kedua-dua negara.