Demonstrasi di Tel Aviv Tuntut Kerajaan Israel Letak Jawatan
Ribuan rakyat Israel mengadakan demonstrasi di Tel Aviv pada Sabtu, menuntut kerajaan negara itu melaksanakan gencatan senjata di Gaza dan membebaskan tahanan.
Penunjuk perasaan juga menuntut kerajaan Israel meletakkan jawatan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak tuntutan Hamas berhubung gencatan senjata di Gaza, dan mendakwa tentera Israel akan menewaskan Hamas dalam beberapa bulan mendatang.
Di samping itu, Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant menegaskan bahawa hanya dengan kaedah kekerasan, barulah dapat memastikan tahanan Israel dibebaskan.
Sikap keras yang ditunjukkan kerajaan Israel mengundang makin banyak suara bantahan dalam negeri.