TBC Perayaan Langkaui Sempadan

2024-02-11 15:04:06  CRI
Share with:

Tahun Baharu Cina (TBC) yang diraikan di serata dunia menyediakan peluang kepada rakyat pelbagai negara untuk mengenali negara Tembok Besar serta budayanya.

TBC merupakan perayaan tradisional yang paling bersejarah dan penting di China.

Pewartaan TBC sebagai cuti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermakna agensi-agensi PBB tidak akan menganjurkan mesyuarat pada hari itu. Ia sekali gus mencetuskan lebih banyak peluang kepada khalayak ramai untuk menghayati budaya China.

TBC ditetapkan sebagai cuti umum di kira-kira 20 buah negara termasuk Republik Korea, Vietnam dan Singapura.

Menyentuh TBC diwartakan sebagai cuti PBB, Presiden Sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB, Dennis Francis menganggap ia menggambarkan peranan penting yang dimainkan China dalam sistem PBB dan arena multilateralisme, di samping memperlihatkan kesudian rakyat China berkongsi budaya mereka dengan seluruh dunia.  

TBC membawa nilai budaya China yang menjunjung kedamaian dan keharmonian. Dengan mengikuti acara bertemakan TBC, rakyat dunia dapat lebih mengenali China, di samping memahami budaya China yang terbuka, terangkum dan inovatif.

Dalam budaya tradisional China, naga menjadi simbol kebijaksanaan dan kekuatan.

Sempena sambutan Tahun Naga, dunia turut menaruh harapan supaya pelbagai cabaran yang didepani dapat dirungkai.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam perutusan sempena TBC, merakamkan terima kasih atas sokongan teguh China dan rakyatnya terhadap PBB serta multilateralisme dan pembangunan global.

Pesona TBC terpapar apabila orang ramai berkumpul dan bersama-sama meraikannya walau di mana jua berada, tanpa mengira kaum dan warna kulit.

TBC, satu perayaan merentas sempadan, sudah  menjadi kekuatan penting untuk mendorong dunia ke arah lebih baik.