Gala TBC 2024 Rekod 14.2 bilion Capaian Kumulatif

2024-02-11 14:54:20  CRI
Share with:

Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 berjaya meraih tontonan yang tinggi dengan 14.2 bilion capaian kumulatif di platform omnimedia setakat jam 2.00 pada Sabtu, menyaksikan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Gala tahun ini sarat dengan pelbagai pengisian persembahan antaranya nyanyian dan tarian yang mengasyikkan, menjanjikan babak penuh elemen teknologi dan sezaman buat para penonton untuk menikmati keunikan program berprestij berkenaan.

Mencatat satu lagi kejayaan, setakat jam 8.00 pada Sabtu, jumlah pengguna yang mengikuti siaran langsung gala anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu menerusi platform media baharu domestik direkod sebanyak 795 juta, manakala tontonan siaran langsung melebihi 1.68 bilion, naik 15.13 peratus.

Suasana gala TBC turut dimeriahkan lagi apabila ia menjadi bualan ramai di media sosial dengan perbincangan mengenainya melepasi 26.77 bilion kali dengan peningkatan sebanyak 49.76 peratus.

Program berkenaan juga meraih prestasi cemerlang di seberang laut, menyaksikan siaran langsung dan laporan pemberitaan dibuat sebanyak 2,300 media dari 200 negara dan wilayah.

Mengenai laporan CMG sendiri menerusi pelbagai bahasa, dicatat lebih daripada 695 juta bacaan dan 250 juta tontonan video di peringkat global.