TBC Dirai Meriah di Serata Dunia

2024-02-12 16:12:51  CRI
Share with:

Tahun Baharu Cina (TBC) disambut meriah dengan pelbagai acara di serata dunia.

Karnival TBC bertemakan panda gergasi membuka tirai di Taman Ueno di Tokyo, Jepun pada Jumaat lalu. 

Acara selama empat hari itu menarik kunjungan ramai yang datang menikmati masakan China dan merasai keriangan perayaan TBC.

Di Jerman pula, Festival China dianjurkan di kota Dietfurt, negeri Bavaria sempena sambutan TBC yang menarik penyertaan kira-kira 20,000 penduduk tempatan.