Gala TBC Dapat Sambutan Hangat
Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 anjuran Kumpulan Media China (CMG) mendapat sambutan hangat daripada penonton seluruh dunia.
Penonton dari Malaysia, Isa Zubir menyifatkan Gala TBC itu sebagai cukup istimewa, membolehkan penonton menyaksikan kepelbagaian etnik dan kehidupan masyarakat China di dalam satu malam.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya boleh nampak bagaimana rakyat China hidup bersatu padu, harmoni, aman dan damai.
“Satu persembahan yang cukup baik dalam menampilkan keunikan dan juga kepelbagaian etnik yang ada di negara China,” ujarnya.
Sheila Mulongo, guru bahasa Cina dari Institut Confucius Universiti Kenyatta, Kenya berkata gala itu amat memikat hati, khususnya persembahan tarian dan nyanyian. Sambutan TBC memberi peluang kepada rakyat Kenya untuk lebih mengenali China serta budayanya.