China Pertahan Hak Kedaulatan ke atas Pulau Huangyan
China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Pulau Huangyan serta perairan sekitarnya, kata jurucakap Pengawal Pantai China (CCG) Gan Yu.
Bermula 2 hingga 9 Februari, kapal peronda 9701 yang dikendalikan oleh Pengawal Pantai Filipina (PCG) didapati kerap kali menceroboh masuk kawasan perairan berhampiran Pulau Huangyan.
CCG turut memberi amaran mengarahkan kapal berkenaan keluar mengikut undang-undang.
Gan Yu berkata, tindak balas itu dilaksanakan secara profesional dan standard.
Beliau menegaskan, penguatkuasaan undang-undang oleh CCG di perairan berkenaan adalah konsisten dilaksanakan dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara serta hak dan kepentingan maritim.