PBB Gesa Lindungi Rakyat Jelata di Gaza

2024-02-12 13:55:05  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbangan serius terhadap keadaan hidup rakyat di Gaza dan menggesa supaya keselamatan mereka diberi perlindungan.

Demikian kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam sidang media pada Jumaat susulan Israel melancarkan operasi darat di Rafah.

Dujarric menegaskan penduduk awam perlu diberi perlindungan sewajarnya dan PBB tidak mahu melihat mereka kehilangan tempat berteduh.

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Martin Griffiths berkata lebih sejuta rakyat Palestin di Rafah mengalami penderitaan yang tidak dapat dibayangkan. 

Beliau menggesa supaya pihak-pihak terbabit melindungi serta memenuhi keperluan asas rakyat jelata.