Insiden Tembakan di Stesen Tren Bawah Tanah New York, Satu Maut

2024-02-13 12:49:11  CRI
Share with:

Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di stesen kereta api bawah tanah Mt Eden Avenue di New York pada petang Isnin. 

Menurut Jabatan Polis New York (NYPD), insiden itu dipercayai berpunca daripada pertikaian antara dua kumpulan remaja yang berada dalam kereta api bawah tanah. Suspek terbabit sedang diburu polis.