Permohonan Parol Thaksin Dilulus

2024-02-13 14:44:53  CRI
Share with:

Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang dipenjarakan akan dibebaskan dengan parol, kata Menteri Kehakiman Tawee Sodsong.

Menurut Tawee, Thaksin yang dijatuhi hukuman penjara selama setahun telah menghabiskan tempoh pemenjaraan lebih enam bulan. 

Bekas perdana menteri itu memenuhi syarat untuk mendapatkan parol kerana menghidap penyakit teruk dan berusia 70 tahun ke atas.