Perlu Syarat Kondusif Selesai Krisis Ukraine: Duta China

2024-02-13 14:32:56  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa harus bertindak mendorong proses perdamaian melalui perundingan, dan mencipta syarat kondusif kepada penyelesaian krisis Ukraine secara politik.

Demikian ujar Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zhang Jun pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Ukraine, Isnin.

Zhang berkata China konsisten dengan pendiriannya bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara harus dihormati, dan prinsip Piagam PBB dipatuhi.

Perlunya mengambil berat kebimbangan munasabah negara berkenaan dan menyokong semua usaha kondusif untuk menyelesaikan krisis secara damai, tambah beliau.

Beliau turut menggesa pihak terbabit supaya bertindak aktif menyahut seruan masyarakat antarabangsa yang mahukan keamanan dicapai, di samping menyambung semula rundingan dan beransur-ansur mengumpul konsensus ke arah gencatan senjata.