Masyarakat Antarabangsa Digesa Halang Operasi Israel di Rafah

2024-02-13 13:59:16  CRI
Share with:

Jurucakap Presiden Palestin Nabil Abu Rudeineh pada Isnin menggesa supaya masyarakat antarabangsa menghalang operasi darat besar-besaran yang kemungkinan dilancarkan Israel terhadap Rafah di selatan Gaza.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pihaknya mempertimbangkan operasi ketenteraan di Rafah dan pada masa sama membuka laluan selamat bagi membolehkan penduduk awam meninggalkan bandar itu.

Rudeineh menyifatkan kenyataan Netanyahu sebagai 'karut belaka' dan 'menipu dunia'.

Beliau turut berkata tiada mana-mana tempat yang selamat di Gaza, dan orang awam mustahil pulang dengan selamat ke rumah mereka di tengah-tengah pengeboman berterusan.