Dewan Perwakilan AS Tiada Rancangan Undi Pakej Bantuan Luar Negara

2024-02-14 14:12:25  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) tiada rancangan untuk melancarkan sesi pengundian mengenai rang undang-undang (RUU) berhubung pakej bantuan luar negara yang diluluskan Senat.

Pada Selasa, Senat AS meluluskan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$95 bilion (RM454.5 bilion) membabitkan Ukraine dan Israel. 

Pada hari sama, Presiden Joe Biden menerusi satu kenyataan turut menggesa supaya Dewan Perwakilan meluluskan RUU itu secepat mungkin. 

Bagaimanapun, Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson berkata AS perlu bertindak tegas menghalang pergerakan tanpa dokumen merentasi sempadan dengan Mexico terlebih dahulu, sebelum menangani isu keselamatan Ukraine.