Sambutan TBC Penuh Ceria di Serata Dunia

2024-02-14 15:27:07  CRI
Share with:


Pelbagai acara menarik diadakan di serata dunia sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Pertunjukan busana tradisional China yang dianjurkan di Dataran San Marco di Itali mencuri perhatian orang ramai. 

Seramai 22 orang sukarelawan dari China dan Itali tampil mempamerkan pesona pakaian tradisional China untuk masyarakat tempatan. 

Acara itu turut diceriakan dengan tarian naga dan singa serta pertunjukan wushu dan tarian kipas.

Di Serbia pula, aktiviti sambutan TBC dianjurkan kerajaan negara itu di ambang perayaan TBC iaitu pada malam 9 Februari. 

Aktiviti seumpama telah diadakan di Serbia selama enam tahun berturut-turut. 

Kemeriahan sambutan memuncak saat berlangsungnya pertunjukan maskot naga dan perarakan karnival.

Aktiviti bertemakan TBC juga diatur di empat bandar Serbia termasuk Belgrade dari 29 Januari hingga 19 Februari.