Gala Opera TBC Catat Tontonan Cemerlang

2024-02-14 12:25:50  CRI
Share with:

Kadar tontonan siaran Gala Opera Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang ditayangkan di saluran CCTV-1 dan CCTV-11 direkod pada paras 1.30 peratus dengan jumlah penonton mencecah 70 juta.

Gala anjuran Kumpulan Media China (CMG) yang disiarkan pada jam 8.00 malam Ahad itu meraih tontonan cemerlang, meningkat hampir 10 peratus berbanding tahun lalu.

Gala berkenaan merangkumi lebih 20 jenis opera yang dipersembahkan lebih seratus artis dan pelakon muda dari lebih 60 kumpulan dan institut opera seluruh negara.