Prabowo-Gibran Raih Kemenangan Awal Pilpres 2024

2024-02-15 14:15:22  CRI
Share with:

Regu calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia yang baharu, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka meraihkan kemenangan awal pilihan raya Presiden 2024 (Pilpres 2024).

Keputusan itu berdasarkan kiraan pantas yang dijalankan institut tinjauan pendapat bebas pada Rabu.

Prabowo turut mengisytiharkan kemenangan beliau dan menyeru rakyat supaya bersatu semula dan bergerak ke hadapan selepas pilihan raya.

Beliau berkata masih perlu menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) mengumumkan kiraan undi rasmi.

Difahamkan, keputusan rasmi akan diumumkan sebelum 20 Mac, dan presiden baharu dijadual mengadakan majlis angkat sumpah jawatan pada 20 Oktober di Nusantara.