Utamakan Kepentingan Rakyat, Dorong Proses Politik Yaman: Duta China

2024-02-15 12:42:59  CRI
Share with:

China mengulangi seruan supaya kumpulan bersenjata Houthi menghentikan serangan terhadap kapal dagang, sambil menegaskan sebarang negara tidak boleh mencetuskan ketegangan di Laut Merah dengan memutarbelitkan atau menyalahgunakan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam mesyuarat UNSC berhubung situasi Yaman pada Rabu.

Zhang berkata UNSC tidak pernah memberi mandat kepada mana-mana negara untuk menggunakan kekerasan terhadap Yaman.

Pada saat kritikal ketika ini, pihak-pihak terbabit di Yaman harus mengutamakan kepentingan rakyat, menyingkirkan gangguan dan bertindak tegas menggerakkan proses politik.

Menurut beliau, penyelesaian isu Yaman secara politik berkaitan rapat dengan persekitaran serantau. Asia Barat kini berada dalam situasi amat bahaya tatkala mendepani kesan limpahan konflik di Gaza serta ketegangan yang meruncing di Laut Merah.

Usaha paling mendesak bagi semua pihak terlibat adalah mendorong gencatan senjata dicapai di Gaza dan mengambil tindakan berkesan untuk mengelak konflik daripada terus merebak.