Tiada Kemajuan Rundingan Gencatan Senjata di Gaza

2024-02-15 14:40:53  CRI
Share with:

Tiada kemajuan dicapai dalam rundingan Israel-Hamas berhubung persetujuan gencatan senjata di Gaza yang diadakan di Kaherah, Mesir pada Selasa.

Pejabat Perdana Menteri Israel menerusi satu kenyataan berkata pihaknya tidak menerima rancangan baharu mengenai pembebasan tahanan semasa rundingan itu, dan tiada tolak ansur akan dibuat terhadap tuntutan Hamas berkenaan.

Susulan itu, Israel dilaporkan tidak menghantar perwakilan menyertai rundingan yang dijadual pada 15 Februari di Kaherah.