Wang Yi Bakal Hadiri MSC, Lawat Sepanyol dan Perancis

2024-02-15 16:15:16  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi akan menghadiri Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-60, membuat lawatan ke Sepanyol dan Perancis serta menganjurkan dialog strategik China-Perancis dari 16 hingga 21 Februari.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Mao Ning, sempena MSC beliau juga dijadual menyampaikan ucapan pada sesi China bagi membentangkan pendirian China mengenai isu antarabangsa yang penting.