230 Juta Penumpang Tren Direkod Sempena TBC

2024-02-15 15:04:27  CRI
Share with:

Jumlah penghantaran penumpang melalui perkhidmatan kereta api di serata negara mencatat 14.245 juta pada Rabu, menurut China Railway.

Angka itu mencipta rekod tertinggi penghantaran harian penumpang tren sempena musim pengangkutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bermula pada 26 Januari.

Seramai 230 juta penumpang melakukan perjalanan menerusi perkhidmatan kereta api dalam tempoh 20 hari pertama musim pengangkutan TBC.