MFA Perincikan Agenda Wang Yi ke Eropah

2024-02-15 16:57:20  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi akan menghadiri Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-60, membuat lawatan ke Sepanyol dan Perancis serta menganjurkan dialog strategik China-Perancis dari 16 hingga 21 Februari.

Menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA), Wang akan membentangkan pendirian China mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan serta multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur semasa berlangsungnya MSC.

Menerusi lawatan Wang ke Sepanyol, China berharap dapat terus melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, mengukuhkan kesalingpercayaan, meningkatkan persahabatan dan meluaskan kerjasama agar menyuntik konotasi baharu kepada perkongsian strategik komprehensif.

Dalam lawatan di Perancis pula, Wang dijadual mengadakan pertemuan bilateral dan menganjurkan dialog strategik China-Perancis pusingan baharu dengan Penasihat Diplomatik Presiden Perancis, Emmanuel Bonne.

China berhasrat bersama dengan Perancis untuk terus memperdalam komunikasi strategik, memperkukuh kesalingpercayaan politik, memperluas kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudaya, di samping memperkasa sinergi dalam isu-isu multilateral.