ROK, Cuba Jalin Hubungan Diplomatik

2024-02-15 12:54:33  CRI
Share with:

Republik Korea (ROK) dan Cuba mengumumkan penjalinan hubungan diplomatik pada Rabu.

Menurut Kementerian Luar ROK, wakil tetap dua negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertukar dokumen mengenai penjalinan hubungan diplomatik di New York pada hari itu.

Kementerian Luar Cuba dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya pula berkata, ikatan diplomatik antara kedua-dua negara dijalin berdasarkan prinsip Piagam PBB, undang-undang antarabangsa serta norma Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik.