Kenali Asal Usul Budaya Loong, Nikmati Temasya Budaya Gala TBC 2024

2024-02-15 16:24:26  CRI
Share with:

[!--begin:htmlVideoCode--]b9fe10434932466dab18777884ccf0f1,0,1,,news[!--end:htmlVideoCode--]

Festival Tahun Baharu Cina (TBC), antara salah satu festival tradisional yang paling penting di China telah tersenarainya sebagai hari cuti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Perayaan TBC bukan sekadar mewariskan konsep tamadun China, tetapi juga membawa nilai-nilai bersama umat manusia, seperti simbiosis manusia dan alam semula jadi secara harmoni. 

Tahun 2024 merupakan tahun Naga menurut kalender zodiak Cina. Sebagai kewujudan yang paling bersinar dalam budaya tradisional Cina dan totem negara China, naga atau dikenali sebagai "Loong" melambangkan perpaduan bangsa. Seiring dengan perkembangan globalisasi dan penyebaran budaya Cina, simbolisme naga telah diiktiraf dan diterima oleh rakayt di pelbagai negara serata dunia secara beransur-ansur.

"Loong year loong dance", aktiviti interaksi dalam talian yang dianjurkan oleh Kumpulan Media China (CMG) bersempena ketibaan Tahun Baharu Cina 2024 turut menjadi tular dalam internet. Netizen, artis dan selebriti dari seluruh dunia termasuk Malaysia telah menyertai aktiviti itu melalui Tiktok, Facebook dan media sosial lain.

Gala Tahun Baharu Cina anjuran Kumpulan Media China boleh dikatakan salah satu adat resam bagi orang China pada malam menjelang TBC. Gala Tahun Baharu Cina 2024 menyajikan karnival seni budaya berkualiti untuk penonton seluruh dunia.