Kedaulatan Negara, Kepentingan Maritim Mesti Dipertahan

2024-02-16 12:54:01  CRI
Share with:

Hak kedaulatan yang dimiliki China terhadap Pulau Huangyan serta perairan sekitarnya tidak boleh dipertikaikan, kata jurucakap Pengawal Pantai China (CCG) Gan Yu.

Kapal 3005 milik Biro Perikanan dan Sumber Akuatik (BFAR) Filipina didapati menceroboh masuk kawasan perairan berhampiran Pulau Huangyan pada Khamis.

CCG turut memberi amaran mengarahkan kapal berkenaan keluar mengikut undang-undang.

Gan Yu berkata, tindak balas itu dilaksanakan secara profesional dan standard.

Beliau menegaskan, penguatkuasaan undang-undang oleh CCG di perairan berkenaan dilaksanakan secara konsisten dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara serta hak dan kepentingan maritim.