Tanah Runtuh Filipina: Angka Korban Meningkat kepada 90

2024-02-16 14:07:41  CRI
Share with:

Angka korban akibat tanah runtuh yang berlaku di selatan Filipina meningkat kepada 90 orang setakat tengah hari Khamis.

Menurut pihak berkuasa tempatan, terdapat seramai 37 individu yang dilaporkan masih hilang.

Bencana tanah runtuh melanda sebuah kawasan lombong di Maco, wilayah Davao de Oro pada malam 6 Februari sehingga menyebabkan banyak rumah dan kenderaan tertimbus di bawah lumpur.