Pelaburan Jerman di China Cecah Rekod Baharu

2024-02-16 15:20:11  CRI
Share with:

Pelaburan langsung Jerman di China mencecah rekod baharu dengan mencatat 11.9 bilion euro (RM61.8 bilion) pada tahun lepas, menokok 4.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Demikian menurut laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Jerman yang disusun dengan merujuk data bank pusat negara itu.

Dalam pada itu, pelaburan Jerman terhadap China merupakan 10.3 peratus daripada pelaburan keseluruhan negara itu di seberang laut, sekali gus mencatat paras paling tinggi sejak 2014.