Mesyuarat Menteri Pertahanan NATO Berakhir

2024-02-16 13:41:26  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berakhir di Brussels pada Khamis.

Mesyuarat yang berlangsung selama sehari itu menumpukan kepada usaha mengukuhkan cegah-rintang dan keupayaan pertahanan NATO, sokongan terhadap Ukraine dan sebagainya.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata negara sekutu NATO sedang berusaha untuk mencapai sasaran menyerahkan satu juta dron kepada Ukraine.