Israel Serang Hospital Nasser di Gaza

2024-02-16 14:56:21  CRI
Share with:

Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza pada Khamis.

Menurut jurucakap jabatan kesihatan Gaza, tentera Israel melepaskan tembakan intensif sehingga menyebabkan ramai penduduk yang berlindung di hospital itu cedera.

Pada hari sama, jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Daniel Hagari berkata pihaknya mempunyai 'maklumat risikan boleh dipercayai' yang menunjukkan Hamas menahan tebusan Israel di hospital berkenaan.

Hagari juga mendakwa IDF melancarkan operasi di kawasan sekitar Hospital Nasser kerana terdapat ramai anggota Hamas bersembunyi dalam hospital itu.