Wang Yi Bertemu Setiausaha Luar Britain

2024-02-17 15:28:33  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar Britain David Cameron sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-60 di Jerman pada Jumaat.

Wang berkata selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China dan Britain harus mengukuhkan komunikasi strategik dan memainkan peranan sewajarnya dalam menggalakkan keselamatan dan menjaga kedamaian.

Dua negara perlu bersinergi untuk memperluas penumpuan kepentingan, mempertingkat pertukaran dan kerjasama, menangani perselisihan pendapat secara baik, sekali gus membawa hubungan dua hala kembali ke landasan perkembangan yang sihat dan mampan.

Cameron pula berkata pihaknya bersedia memandang hubungan Britain-China dari perspektif strategik, mengembangkan hubungan bilateral lebih konstruktif, serta mengendalikan perbezaan pendapat dan menyelesaikan masalah menerusi cara yang saling hormat. 

Britain akan terus mempergiat kerjasama dalam bidang-bidang yang sejajar dengan kepentingan bersama, di samping mengukuhkan dialog melibatkan tenaga boleh diperbaharui, ekonomi dan perdagangan serta pendidikan.